Isnin, 1 Ogos 2016

Jho Low joli duit bersamaan jumlah dua pertiga BR1M

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.

Sejak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diwujudkan pada 2009, Low Taek Jho atau Jho Low yang dilihat rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa menghabiskan sekurang-kurangnya AS$1, 011,734,281 iaitu bersamaan RM4,106,578,860.

 Pendedahan penulis Johannan Sim itu berdasarkan kiraannya mengikut beberapa sumber seperti laporan dalam The Wall Street Journal dan Forbes.

Namun, sebahagian besar angka yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan itu, ujarnya, berpandukan dokumen tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Dalam kiraannya itu, Sim membahagikan perbelanjaan Jhow Low kepada tujuh kategori iaitu pelaburan sebanyak (AS$ 334, 751, 856), servis dan barangan mewah (AS$ 321, 368, 000) serta hartanah (AS$ 169, 610, 000).

Perbelanjaan selanjutnya berkaitan eksploitasi derma (philanthropical exploits) sebanyak AS$ 101, 000, 000; kenderaan mewah (AS$ 43, 354, 335) diikuti perjudian (AS$ 26,550,090) dan hadiah sehingga AS$15,100,000.

Menurut Sim, perbelanjaan Jho Low lebih RM4.1 bilion itu bersamaan dengan nilai dua pertiga peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu berjumlah RM5.9 bilion pada tahun ini.

Mengakui bukannya mudah untuk mengira jumlah besar wang yang dibelanjakan Jho Low, beliau dalam artikel bertajuk, “How much money has Jho Low spent since 2009? We try to calculate” berkata, sumber dari DOJ yang diumumkan minggu lalu itu dianggap paling diyakini.

Beliau dalam tulisan yang dimuatkan di laman web, cilisos.my pada 29 Julai itu berkata, angka AS$ 703, 000, 000 yang dinyatakan dalam dokumen DOJ tersebut sangat menghampiri jumlah yang pernah dibongkarkan sebelum ini seperti di The Edge.

Sehubungan itu, ujarnya lagi, tidak mustahil “Malaysian Official 1” (Pegawai Malaysia 1) yang dinyatakan dalam tuntutan mahkamah tersebut adalah Jho Low.

Dalam hal berkaitan juga, Sim mendapati carian “Low” atau “Jho Low” muncul sebanyak 290 kali manakala carian “Aziz” iaitu merujuk kepada nama Riza Aziz disebut sehingga 78 kali.

Sementara itu,carian “Malaysian Official 1”, dedah Sim telah muncul sebanyak 32 kali dalam dokumen tuntutan mahkamah setebal 136 halaman tersebut.

Untuk rekod, DOJ sebelum ini mendakwa akaun bank “Malaysian Official 1” menerima sebanyak AS$731 juta yang dikatakan disalur dari 1MDB.

Tanpa memberitahu siapa sebenarnya “Malaysian Official 1”, dokumen berkenaan hanya menyatakan individu itu sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai jawatan besar dalam 1MDB.

Tiada ulasan: