BERNAMA
Tindakan Khairuddin
menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan
antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB dianggap sebagai
mensabotaj negara.
KUALA LUMPUR, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan
selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di
Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Jumaat lepas, beliau ditahan Unit
Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di
kediamannya di Mont Kiara di sini, dipercayai berkaitan siasatan
membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen
124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan
demokrasi berparlimen.
Noor Rashid, yang ditemui pemberita
selepas majlis korban dan solat sunat Aidiladha di Bukit Aman di sini
hari ini, berkata polis akan merujuk hasil siasatan kepada timbalan
pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
“Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal,” katanya.
Media tempatan melaporkan Khairuddin
didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan
dalam hal ehwal Malaysia.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran
perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap
Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan