Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?
Ada menteri mengatakan kejatuhan
memberikan rahmat kepada Malaysia. Rahmat kata mereka. Tetapi tahukah
mereka anak bangsa kita sedang menghadapi masalah dan derita di luar
negara dek kerana nilai ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh daripada
hari ke sehari sehingga berlaku lambakan duit ringgit Malaysia kita di
pasaran sekarang ini.
Tan sri Zeti kata jikalau mahu nilai
ringgit Malaysia naik semula, antaranya selesaikan segera isu 1MDB, dan
masalah ketidaktentuan politik di Malaysia.
Natijahnya, pelajar-pelajar kita yang
belajar di luar negara perlu ikat perut untuk meneruskan usaha menampung
kos perbelanjaan mereka di negara luar terutamanya yang bergantung
harap dengan bantuan MARA apatah lagi yang menggunapakai 100% duit
keluarga dan ibu bapa lagilah teruk.
Masalah tersebut tidak berlegar kepada
pelajar luar negara sahaja. Tetapi sudah mula berjangkit kepada pelajar
yang menimba ilmu IPTS di Malaysia. Berita Semasa dimaklumkan kewangan
MARA dalam keadaan sesak atas sebab-sebab tertentu termasuk perlu
menampung kos tambahan yang tinggi terutamatanya pelajar tajaan mereka
di luar negara disebalik kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada ketika
ini.
Sebelum ini, Majlis Amanah Rakyat
Malaysia telah melancarkan apa yang dipanggil dan dikenali sebagai Skim
Bank Mara yang meliputi bantuan pinjaman pelajaran terbuka kepada
mana-mana pelajar yang sambung pengajian bagi peringkat Diploma, Ijazah
Sarjana Muda Degree, Sarjana Master, Doktor Falsafah PHD hasil kerjasama
dnegan pihak bank. Butiran ada Berita Semasa kongsikan melalui LINK di
bawah ini :
Tetapi ianya telah ditutup sementara
waktu. Apabila Berita Semasa dimaklumkan butian lengkap mengenai
pinjaman MARA yang terbaru dan terkini akan dibuka semula sekitar bulan
November atau Disember 2015. Mungkin. Mungkin, itu kata kakitangan MARA.
- Kewangan Majlis Amanah Rakyat Malaysia MARA agak sesak
- Sudah ada kalangan IPTS yang sudah sedia maklum dengan perancangan perkembangan terkini sekarang, telah mula menjalinkan usahasama dengan bank-bank komersil untuk dijadikan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar mereka kelak
- Ada kemungkinan besar pelajar IPTS dikenakan kadar faedah untuk pinjaman MARA yang diberikan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, butiran lengkap belum dipastikan lagi. Nantikan pengumuman rasmi dan berita terkini MARA kelak.
- Apa maknanya apabila sudah ada kerjasama dengan pihak Bank? Komitmen dengan Bank. Ya…Komitmen.
Persoalannya sekarang ini, adakah dengan pinjaman MARA yang terbaru ini kelak akan menyebabkan :
- Nama peminjam pendidikan MARA yang baru ini secara automatiknya tersenarai dalam rekod CCRIS? Sama seperti peminjam yang lain yang buat pinjaman peribadi?
- Adakah mereka akan dikejar pembayaran semula sama seperti peminjam-peminjam pinjaman peribadi yang lain?
Berita Terkini MARA : Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS. Tunggu Berapa Lama Lagi?
Dan akhir sekali, Berita Semasa berharap
sangatlah kepada pihak Majlis Amanah Rakyat MARA jangan terlalu lama
biarkan anak-anak bangsa kita terkapai-kapai di Institut Pengajian
Tinggi Swasta IPTS tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada anda.
Berikanlah kenyataan tentang perkembangan terkini mengenai skim pinjaman
MARA ini. Janganlah diam begitu sahaja. Hakikatnya :
- Ada pelajar yang terpaksa keluar daripada IPTS dek kerana menunggu terlalu lama permohonan pinjaman MARA yang masih lagi tidak dibuka sedangkan bayaran yuran yang cukup tinggi terpaksa ditanggung mereka
- Pelajar dalam keadaan sesak dalam meneruskan pengajian dan kehidupan seharian dek kerana kewangan yang tidak mencukupi
- Bagi Berita Semasa, masa bagi kalangan pelajar adalah cukup emas dan kritikal untuk mereka mencari alternatif dengan sesegera mungkin bagi meneruskan survival mereka menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi
- Jangan biarkan anak-anak bansga kita tertunggu
Di bawah ini, Berita Semasa kongsikan
gambar-gambar sebahagian rintihan kalangan para pelajar IPTS yang masih
tertunggu berita terkini MARA mengenai perkembangan pinjaman loan MARA
mereka…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan