IKHWAN HAZWAN
Khairy mengakui cadangan
mengambil tindakan terhadap Jamal masih belum dibangkitkan di peringkat
pimpinan tertinggi Umno. Foto fail TRP/Mokhsin Zamani
KUALA LUMPUR, Tindakan disiplin ke atas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos hanya akan ditentukan sehingga siasatan polis selesai sepenuhnya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,
berkata buat masa ini perkara tersebut masih belum dibangkitkan di
peringkat pimpinan tertinggi Umno.
“Apa pun kita perlu menunggu sehingga siasatan polis selesai terlebih dahulu.
“Kalau ada kes jenayah, sudah tentu pihak
Lembaga Disiplin Umno akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya pada
sidang media di sini hari ini.
Kelmarin, Pengerusi Gabungan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) Melayu itu ditahan selepas beliau tiba di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan, pada
jam 8.50 malam.
Beliau ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun
Prosedur Jenayah, yang memberi kuasa kepada polis untuk menahan
seseorang individu itu, supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam.
Jamal kemudiannya dibebaskan di IPD Dang Wangi pada jam 8.30 malam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan