Ahad, 27 September 2015

Exco jangka peruntukan hal ehwal Islam, pembangunan desa bertambah

Oleh: NAZLI IBRAHIM


BANTING: Peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam, pembangunan desa dan kampung tradisi dijangka meningkat dalam Belanjawan 2016 yang bakal dibentangkan, pada 30 Oktober ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu & Warisan dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pertambahan itu sejajar dengan kemampuan dan keperluan semasa masyarakat negeri itu.

mark short yb ahmad yunus“Kita mempunyai kemampuan kerana peningkatan pendapatan yang diperoleh.

“Disebabkan itu, saya jangka peruntukan bagi portfolio Hal Ehwal Islam & Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi juga akan ditambah berdasar keperluan semasa,” katanya pada program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah, Sijangkang di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara isu yang mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali adalah langkah memodenkan pusat pengajian Maahad Tahfiz dan membina surau dengan reka bentuk baru yang standard di seluruh Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri turut mengambil kira ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian bumbung terbang dan kebakaran berulang selain mengambil kira kemampuan kapasiti bangunan.

IMG_20150927_075756Sementara itu, dalam program Sijangkang Fun Run 1st Edition di Kampung Sawah yang berlangsung hari ini, Dr Ahmad Yunus, berkata acara itu diteruskan atas permintaan peserta yang tidak mahu larian itu ditunda.

“Sebenarnya acara larian ini dijadualkan sempena Hari Malaysia, pada 16 September lalu. Kita tunda kerana jerebu tetapi bila saya lihat pada pagi itu, cuaca jadi cerah pula.

“Bila kita tunda ke hari ini, pagi ini berjerebu kembali tetapi kena teruskan kerana peserta sendiri tak mahu tangguh tetapi minta diteruskan.

“Bagaimanapun, kita tak menyangka walaupun jerebu tetapi sambutan dianggarkan lebih 200 peserta. Kalau tak jerebu mungkin ramai lagi,” katanya.-NFN-


Tiada ulasan: