IKHWAN HAZWAN
Khairy (tiga dari kiri)
merasmikan Proram 14th World Heart Day Walk-A-Mile Run 2015 di Taman
Botani Perdana di sini hari ini. Foto ihsan Kementerian Belia dan Sukan.
KUALA LUMPUR, Pemuda Barisan Nasional (BN) terpaksa memutuskan hubungan dengan Pemuda MCA Pasir Gudang sekiranya berkeras dengan keputusan mereka untuk memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin
berkata tindakan berkenaan akan dilakukan sekiranya mereka tidak menarik
balik keputusan yang dibuat sebelum ini.
Menurut Khairy, pendirian MCA Pasir
Gudang itu tidak wajar kerana sekalipun boleh ada pandangan yang
berbeza, namun tidak boleh untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN.
“Saya melihat tindakan mereka keterlaluan
dan tidak matang dan Pemuda BN tidak ada kuasa disiplin ke atas parti
komponen, sebab itu bukan dalam peraturan di peringkat hubungan antara
parti.
“Namun demikian, sekiranya tetap berkeras
dengan keputusan mereka, Pemuda BN terpaksa putus hubungan dengan
Pemuda MCA Pasir Gudang berkenaan,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Proram 14th World
Heart Day Walk-A-Mile Run 2015 di Taman Botani Perdana di sini hari
ini.
Turut hadir, Presiden Yayasan Jantung Malaysia,Tun Ahmad Sarji dan Pengarah Urusan Nestlé Malaysia Berhad, Alois Hofbauer.
Sebelum ini, Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang telah mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Najib.
Keputusan itu adalah berikutan sokongan
yang dinyatakan Najib terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan
pada 16 September lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan