Ahad, 27 September 2015

Jerebu: 533 sekolah di Sarawak ditutup esok

THE MALAYSIAN INSIDER



Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejumlah 533 sekolah rendah dan menengah di 3 bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman itu akan membabitkan 113,755 murid sekolah rendah dan 86,623 pelajar sekolah menengah.

"Sejumlah 265 sekolah rendah dan menengah di 4 daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Kuching, Bau, Lundu dan Padawan akan ditutup. Penutupan ini melibatkan 129,832 murid.

“Manakala 198 sekolah rendah dan menengah di 3 daerah dalam Bahagian Samarahan iaitu Samarahan, Serian dan Simunjan membabitkan 54,976 murid akan ditutup esok," kata kenyataan itu. Bagi Bahagian Sri Aman, sejumlah 70 sekolah di Daerah Sri Aman dan Lubok Antu akan ditutup, penutupan melibatkan 14,359 pelajar, katanya.

Setakat 12 tengah hari tadi, IPU di Sri Aman mencatatkan bacaan 190, Samarahan (145) dan Kuching (137), iaitu tahap tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – Bernama,


Tiada ulasan: