DENNIS WONG
Jarak penglihatan di
Kuching lebih baik berbanding minggu lalu, namun kualiti udara masih
berada di paras tidak sihat. - Foto TRP/ Dennis Wong
KUCHING, Walaupun cuaca berangin dan jarak penglihatan bertambah baik, namun jerebu yang melanda ketika ini dijangka berterusan sepanjang minggu ini, disebabkan banyak titik panas dikesan di Kalimantan.
Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Peter Sawal berkata, sebanyak 400 titik panas dikesan semalam.
“Tiupan angin masih menghala ke bahagian
selatan Sarawak. Keadaan berjerebu mungkin lebih baik hari ini, tetapi
indeks kualiti udara masih dalam tahap tidak sihat antara 105 hingga
120.
“Kami jangkakan ia terus kekal atau mungkin lebih buruk sepanjang minggu ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Setakat jam 5 petang tadi, Sri Aman
mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 137,
diikuti Sarikei (123), Samarahan (102) dan Sibu (101), di mana semua
daerah itu dalam tahap tidak sihat.
Sawal memaklumkan, hujan sekejap-sekejap
diramalkan melanda beberapa kawasan, tetapi ia mungkin tidak mencukupi
untuk membersihkan ruang udara.
Jarak penglihatan di kebanyakan kawasan
di ibu negeri melebihi satu kilometer hari ini, tetapi ia berubah-ubah
disebabkan keadaan berangin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan