A AZIM IDRIS
Mercu tanda Malaysia Menara Berkembar Petronas dan bangunan komersial lain diselubungi jerebu di Kuala Lumpur. - Foto AFP
KUALA LUMPUR, Kerajaan perlu menimbang semula had
siling bagi tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk semua sekolah
ditutup ekoran keadaan jerebu semasa yang melanda negara ini.
Pengerusi Parents Action Group for
English Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ini
kerana cuaca semasa menyebabkan kesihatan murid terjejas teruk, dengan
ramai ibu bapa bimbang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Katanya, pada masa lalu, kerajaan telah
menetapkan had bagi bacaan IPU kepada 300 sebelum sebarang penutupan,
tetapi telah diturunkan kepada 200 berikutan bantahan orang ramai.
Noor mencadangkan had diturunkan lagi
kepada 150 untuk melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit
pernafasan yang berkaitan.
“Malah pengetua sekolah mahu menutup sekolah apabila bacaan mencecah 150 tetapi tidak boleh kerana terikat dengan peraturan.
“Kementerian yang terlibat perlu
menimbang semula had tersebut kerana orang dewasa juga turut merasakan
kesan bernafas dalam zarah,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Semua sekolah diarahkan untuk menutup operasinya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan,
berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu
memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU
melebihi 150.
Kenyataan itu menyebut guru besar dan
pengetua perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah dan Jabatan
Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.
Noor berkata, dia juga bimbang dengan
sebilangan kecil murid memakai topeng muka walaupun keadaan jerebu
semakin merosot sejak beberapa hari lalu.
“Saya tidak melihat anak-anak memakai topeng apabila kita perlu menggalakkan mereka (untuk berbuat demikian).
“Kita perlu sedar bahawa ini (jerebu)
berlaku setiap tahun dan itulah sebabnya sekolah perlu menyimpan stok
topeng di luar musim apabila mereka dijual pada harga yang lebih murah.
“Ia adalah sama seperti menyimpan stok plaster (pembalut),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan