Isnin, 14 September 2015

Wanita bawa anak kencing dalam sinki

 
Kejadian berlaku di sebuah kompleks membeli belah berjaya dirakam dan dimuat naik di Facebook.


kencing


PETALING JAYA: Seorang wanita mengambil jalan mudah apabila membawa anaknya kencing dalam sinki, di sebuah medan selera.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Taiping,Perak.

Gambar perbuatan itu berjaya dirakam dan kemudian di kongsi di Laman Facebook Anak Muda Benci DAP.

“Laaaa, tu tempat cuci tangan, bukan tempat cincing!!!!,” tulis pemilik akaun itu di status Facebooknya.

Ia kemudian mengundang pelbagai komen dan kebanyakannya mengutuk perbuatan itu yang disifatkan sebagai pengotor selain tidak menghormati sensitiviti orang ramai.

“Inilah Malaysiaku…lps letak anjing dlm troli, ni plk jadinya…Ya Allah”, komen Zuriman Zakaria.

Tiada ulasan: