Rabu, 5 Ogos 2015

Mufti haramkan vapor, isu rokok sudah selesai

MALAYSIAKINI



 
 
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad tampil menjelaskan kenapa beliau tidak menyentuh soal hukum merokok ketika mengharamkan penggunaan vapor atau rokok elektronik.

Tampil membetulkan salah faham itu, pentadbir Facebook beliau menjelaskan, mufti tidak menyentuh “hukum rokok atas faktor politik (isu cukai rokok)” kerana ia telah dijelaskan secara mendalam.

Kata pentadbir itu, Zulkifli telah menulisnya secara mendaalam dan boleh dirujuk dalam bab “Bayan Linnas Siri ke-18” di web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan
Public Figure · 60,296 Likes
· 2 hrs · Edited ·
[ADMIN] Kami terpanggil untuk membetulkan salahfaham yang tersebar rentetan daripada Bayan Linnas Siri ke-34 berhubung hukum vapor.
1. Ada yang mendakwa, SS Mufti tidak menyentuh hukum rokok atas faktor politik (isu cukai rokok) sebaliknya hanya memfokuskan kepada vapor.
Ingin dijelaskan bahawa, perbahasan berkenaan hukum rokok telah ditulis secara mendalam oleh SS Mufti lama sebelum ini. Sila rujuk dan baca Bayan Linnas Siri Ke - 18 di web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan...
See More
321 Likes · 21 Comments · 50 Shares
 
Zulkifli semalam berkata penggunaan rokok elektronik hukumnya haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.

Beliau juga berkata penggunaan vapor juga suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.

“Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa.

“Justeru, hukumnya adalah haram,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan
Public Figure · 60,296 Likes
· 20 hrs ·
IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPOR
Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor
Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara...

See More
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.
muftiwp.gov.my|By Admin PMWP
 
 
 

Tiada ulasan: