Selasa, 16 Jun 2015

Buang pekerja dengan bantu pekerja



Oleh Auzan Hasanuddin Sazali
 
 
TAHUN 2015 seakan makin panjang untuk melabuhkan tirainya. Bagi golongan yang makan gaji, tahun 2015 dilihat tahun yang sangat mencabar dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.
 
Namun apa yang pasti kadar kos hidup semakin meningkat saban tahun sama ada dilaksanakan GST atau tidak ada.

Tambahan pula tahun 2015 ini sudah menyaksikan semakin banyak syarikat-syarikat besar memberhentikan pekerja seperti Malaysia Airlines (MAS) yang telah menamatkan seramai 6000 orang pekerja.
 
Sebagai individu yang sangat dekat dengan masalah pembuangan pekerja saya memohon para syarikat-syarikat yang perlu mengurangkan kos operasi menamatkan pekerja dengan mengikut garisundang-undang yang telah ditetapkan.
 
Selain daripada pematuhan terhadap undang-undang yang sedia ada, saya juga ingin mencabar syarikat-syarikat bertindak luar biasa membantu pekerja-pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan. Jangan ada mentality tugas syarikat selesai bila pekerja telah dibuang.
 
Salurkan pekerja kepada syarikat-syarikat lain. Atau yang lebih hebat lagi dapat menjadikan pekerja hidup luar biasa menjadi seorang peniaga setelah dibuang kerja.
 
Masalahnya ialah pembuangan kerja membunuh emosi pekerja, memisahkan suami dan isteri, serta meragut masa depan anak-anak. Sebab itu jangan terus mudah untuk membuang pekerja.
 
Jika syarikat-syarikat memilih jalan untuk membuang pekerja, bantu pekerja untuk dapat hidup luar biasa.

(*)  Auzan Hasanuddin  Sazali. Partner Head of Litigation & Dispute Resolution

Tiada ulasan: