KUALA LUMPUR: Sekali lagi tekanan untuk menang gelaran utama di pentas
terbesar gagal digalas Datuk Lee Chong Wei dan dia turut gagal memberi
hadiah Hari Merdeka ke-57 untuk rakyat Malaysia.
Malam tadi, pemain nombor satu dunia tewas kepada Chen Long dari China
21-19, 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia yang
dramatik di Copenhagen, Denmark.
Dalam perlawanan satu jam sembilan minit itu Chong Wei seperti memberi
sedikit harapan apabila bangkit dalam set kedua tapi lawannya yang juga
pilihan kedua, lebih bersedia bergelar juara pada edisi kali ini.
Jelas badi kemenangan di kejohanan utama berterusan selepas layak tiga kali berturut-turut ke final sejak 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan