MALAYSIAKINI
PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan
raya kecil Pengkalan Kubor walau lawannya, BN kelihatan tidak berminat
untuk mengetengahkan isu berkenaan.
Pemimpin jentera PAS, Mohamad Zaki Ibrahim berkata pihak PAS tidak
mencapai apa-apa persefahaman dengan BN untuk tidak membangkitkan isu
berkenaan dalam kempen pilihan raya ini.
"Kita akan sebut hal yang berkenaan dengan hak Kelantan. Walaupun BN
telah mendiamkan diri dalam kempen tanpa mrnyebut isu royalti kami tetap
akan membawa isu ini"
"Namun kita tidak akan sebut hal yang sedang dibincangkan di mahkamah,"
kata timbalan pengarah jentera PAS untuk pilihan raya kecil itu.
“Kita tak ada persefahaman dengan BN tetapi segala tohmahan kita akan
jawab dalam ceramah oleh (MP PAS, Datuk) Takiyuddin (Hassan) pada 22
haribulan,” katanya yang juga ADUN Kelaboran.
ADUN Kelaboran itu yang ditemui selepas sidang media harian PAS di markas besar jentera parti itu di Pengkalan Kubor pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan