Kadar Kemiskinan di Malaysia Turun 58.7%
Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015? : Alhamdulillah, kejayaan
demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu
demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada
ketika ini. Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
menghidangkan statistik (SEPERTI DI SINI) di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu…..
(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.
Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin
Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsian kegembiraannya dan
“kejayaan menakjubkan” kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan
yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.
“Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.
“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia,” kata Muhyiddin.
Sejarah Prestasi & Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1995 : 8.9%
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2007 : 5.7%
- Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2014 : 1.7%
Pasti ada yang tertanya formula apa yang
digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar
kemiskinan di Malaysia?
Berdasarkan semakan Berita Semasa,
contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk
setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang
ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.
Setiap negara ada paras dan kadar
kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Ada yang
menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang
melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang
melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka
merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini
sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang
mereka didiami.
Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak
Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?
- Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
- Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
- Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910
Walaubagaimanapun,
ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis
kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang
lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus
menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di
bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima
tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka.
Apa pula respon anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan