Jumaat, 19 September 2014

CEO: Kemalangan MRT berpunca dari kurang penyeliaan

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: MRT Corp hari ini mendedahkan bahawa insiden yang meragut tiga nyawa di tapak binaannya berpunca antara lain daripada "kurang penyeliaan".
 
Dapatan daripada siasatan ke atas insiden itu mendapati mendapati jejambat geladak seberat 350 tan jatuh kerana pengurusan subkontraktor yang kurang kemas, antara lainnya.
 
Organisasi yang bertanggungjawab untuk menyelia projek itu adalah rakan kongsi penyampai iaitu MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dan kontraktor utama Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd.
 
Insiden pada 18 Ogos lalu meragut tiga nyawa pekerja warganegara Bangladesh, Mohamed Faruk Khan, Mohammad Alauddin Mollik dan Mohammad Elahi Hossain, yang remuk ditimpa jejambat tersebut.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Azhar Abdul Hamid berkata laporan menunjukkan kekurangan kepipis (kotak-kotak besi yang diisi turapan untuk menyokong jejambat) menyebabkan geladak tersebut kurang stabil.
 
"Maka, apabila alang dipasang pada satu sisi jejambat itu ia menyebabkan jejambat geladak tersebut jatuh," kata Azhar Abdul Hamid dalam kenyataan.

Tiada ulasan: