Jumaat, 19 September 2014

Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Bakal Ikut Jejak Argentina?




Ekonomi Najib Razak



Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2014 dan tidak lama sahaja lagi Malaysia bakal melangkah masuk ke tahun 2015. Tidak lama sahaja lagi. Pejam celik, pejam celik sudah 2015.

Sekejap masa berlalu sekarang ini. Masa tidak menunggu kita tetapi kita akan menyesal kerana tidak menggunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya terutamanya potensi dan kekayaan hasil mahsul yang dimiliki bumi yang bernama Malaysia.

Seperti biasa ayat yang akan… keluar adalah azam bagi tahun 2015 akan datang ini, ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya sepertimana pengumuman mengenai kadar pertumbuhan ekonomi pada ketika ini oleh kerajaan Malaysia.

Harap begitulah…..Semestinya rakyat Malaysia mahukan yang terbaik utnuk negaranya bukan? Walaubagaimanapun, Berita semasa selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?

Baru-baru ini, Mahahir telah menemplak corak pemerintahan Datuk Seri Najib dan turut menyelitkan situasi dan kesempitan yang pernah dialami dan dirasai Argentina sebelum ini tidak mustahil untuk terjadi kepada Malaysia jika masih tiada iltizam untuk berubah menguruskan eokonomi Malaysia dengan baik menerusi (LAPORAN BERITA INI). Kenapa mesti Argentina?

Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu….

Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada :

  1. Ekonomi MahathirNegara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-lain lagi.
  2. Bank yang menjadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik.
  3. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank
  4. Akhirnya masalah pengurusan kerajaan terpaksa dibayar dengan “harga yang mahal” oleh siapa jikalau tidak…………..
(Nak tahu lebih lanjut, anda boleh tonton dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:
  • Individu A (ketua keluarga) pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit.
  • Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.

Ekonomi Malaysia vs Ekonomi Argentina?


Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “along berlesen” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
  • Projek-projek mega yang dibangunkan dengan kos yang melambung tinggi pada tempoh masa yang tidak sesuai. Bak kata orang, berpadalah ketika berbelanja ketika diri sendiri kewangan tidak kukuh
  • Pengurusan dan perbelanjaan dana wang negara yang boros. Contohnya BR1M.
  • Elok-elok barang yang boleh dibeli murah terus melambung tinggi disebabkan…………………………Harga peralatan berharga hanya ratusan, terus melompat ke paras harga puluhan ribu. Ooopps!
  • Tipu angka ekonomi seperti yang diamalkan juga oleh Greece sehingga ekonomi jatuh terduduk selepas itu
  • Amalan kronisme yang berleluasa. Menampakkan dah tiada orang lagi yang lebih berkaliber untuk mendapatkan mendapat anugerah projek tersebut. Asyik-asyik dia, dia dan dia atau anak-beranaknya
  • Pembaziran-pembaziran seperti ini patut dihapuskan. Apabila sudah diketahui ramai, bukan kata mahu diberikan hukuman, siasatan pun seperti ”melepaskan batuk ditangga”. Kebal sungguh mereka ini. Ingat, rakyat terus memerhati…..
 
KLIK SINI : Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif.
 Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!
 
 
Laporan Ketua Audit 2014

Kemudian antara bangunan 10 tingkat ke bawah dengan bangunan yang berpuluh-puluh tinggi, mana satu yang jadi pilihan anda?
  • Bina bangunan empat tingkat yang cantik dan selesa serta mempunyai kawasan lapang dan yang paling pentingnya jalan kurang sesak atau
  • Bina KLCC sebagai mercu tanda negara tetapi akhirnya jalan sesak teruk. Nak pergi kerja pun susah
  • Kita Malaysia bukan tak cukup tanah, lainlah negara jiran kita Singapore. Buat bangunan tinggi melangit ini akan mengakibatkan kepadatan populasi menjadi tinggi dan menjadikan taburan ekonomi bagai “langit dan bumi”. Sebenarnya, ia hanyalah untuk tujuan komersial tanpa mempedulikan kehidupan sosial penduduk lain.
  • Mengapa perlu tumpukan projek pembangunan di bangunan sudah sedia padat? Sedangkan kawasan lain masih lagi menunggu untuk menerima kehadiran pembangunan?
Siapa kata kalau nak jadi negara maju, mesti ada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Asia dan juga lapangan terbang yang tercantik & terbesar di Asia. Adakah itu sudah cukup menjadi penanda aras untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara maju? Cubalah lihat Britain atau New Zealand contohnya :
  1. Berapa banyak bangunan pencakar langit yang mereka ada?
  2. Lapangan terbang mereka ibarat seperti hypermarket sahaja.
  3. Cukai kenderaan sehingga 100%? Cukai jalan + insuran beratus hingga beribu ringgit ikut cc kereta?
  4. Adakah Tol di lebuhraya yang sentiasa dinaikkan oleh kerajaan mereka atas nama perjanjian walaupun sudah lebih 20 tahun konsesi.
  5. Adakah cara begitu yang digunakan mereka?
BACA SINI : PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 
61%). KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014?

Tetapi yang menariknya adakah akhirnya rakyat New Zealand sentiasa diberitahu bahawa mereka adalah rakyat First World Country tapi mentaliti Third World Country?

Sekali lagi, kalau nak tunjukkan negara kita maju bukan dengan bangunan tetapi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang setaraf dengan pesaing kita suatu ketika dahulu, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura yang dahulu bersama-sama dengan kita digelar “Harimau Asia” sekitar era tahun 90an daripada sudut ekonomi. Sekarang? Jadi…..ayuh bangkit semula Malaysia. Malaysia boleh!
“Manusia takkan takkan boleh hidup dengan setakat hanya berbangga. Berbangga sana, berbangga sini.”
Mungkin kita boleh jadikan negara Vietnam ataupun Thailand, kenapa pelabur asing sekarang ini banyak beralih kepada kedua-dua negara? Adakah mereka mempunyai lapangan terbang antara tercanggih & tercantik? Adakah Thailand mempunyai bangunan pencakar langit antara tertinggi dunia?

Sekarang ini ekonomi Malaysia mesti bergerak cepat. Kalau tidak banyak lagi negara-negara lain yang akan meninggalkan Malaysia. Fokus kepada bagaimana cara nak membangunkan negara. Hentikanlah asyik bercerita kisah “seribu satu malam” yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat pun.

Malaysia Perlu Jadi Mentaliti Pioneer VS Mentaliti Pembeli/Pengguna?

 

Suka untuk Berita Semasa kongsikan satu kisah, lama dah cerita ini. Perbualan dengan seorang Mat Saleh ini tentang topik “apa yang kita Malaysia miliki”. Jawapan Berita Semasa mudah sahaja pada masa itu dengan nada yang meyakinkan :
  1. “We have the tallest twin tower in the world with the most recent and sophisticated design.”.
  2. “We have the most sophisticates airport, KLIA airport inside a giant park”
  3. “We have the most challenging F1 racing circuit, one of the most challenging yet modern circuit in the world”.
Kemudian Mat Saleh itu tanya satu soalan yang terus buat, antara kami terdiam.
“Well, who built it?”
Terdiam seketika. Apa yang cuba dia sampaikan adalah, ya…..benar Malaysia mempunyai bangunan tertinggi pada masa itu, lapangan terbang yang tercanggih & sebagainya kerana kita telah memperuntukkan banyak wang negara untuk memilikinya. Bak kata orang lama :
“Biar papa, asal bergaya”
Tetapi sebaliknya, daripada segi teknologi negara Barat yang memiliki kemajuan teknologi yang paling hebat. Malah, ketika projek-projek mega ini berjalan dalam pada masa yang sama ia telah menjadikan salah satu faktor utama yang menyebabkan aliran ringgit yang terlalu banyak keluar dari Malaysia. Ini disebabkan fakta bahawa kebanyakan (yang boleh kami katakan 90%) kepakaran dan pakar teknologi melibatkan projek-projek mega seperti ini datang dari negara luar terutama Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ada beza sebenarnya antara mentaliti pioneer dengan mentaliti pembeli/pengguna jika kita bercakap mengenai teknologi & ekonomi Malaysia. Pioneer contohnya, pembuat kereta akan rasa sangat bangga apabila produk apabila produk rekaannya dimiliki oleh ramai pengguna/konsumer. Sebagai contoh :
We are proud of something we ain’t capable of producing/invent. We are proud of owning it by buying it from someone else”
Berita berharap harap mentaliti bangga hanya kerana “menggunakan duit pembayar cukai untuk membina projek-projek mega” dan projek lain yang membazir tetapi dalam pada masa yang sama tidak memberikan impak yang besar kepada ekonomi dan rakyat marhaen, diharap dapat dikurangkan. Cukuplah dengan landmark, projek mega yang kita miliki setakat ini.  Usahlah ditambah lagi.

Dan diharap ekonomi Malaysia akan kembali rancak bukan setakat di atas kertas tetapi benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita semua ada iltizam untuk berubah. Insyaallah. Sekadar pandangan daripada pihak Berita Semasa, yang man mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik dan baik pada masa akan datang, Insyaallah. Mungkin anda tidak bersetuju? Suarakan dan lontarkan pandangan anda di sini….

Tiada ulasan: