MALAYSIAKINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan
berkaitan hasil penyelidikan dan siasatan Jawatankuasa Khas Mengkaji
Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum dicadang didedahkan kepada
awam.
Beliau berkata laporan tersebut telah siap dan telah dibentangkan kepada
Jemaah Menteri bagaimanapun masih menjadi dokumen rahsia yang tidak
boleh didedahkan kepada umum.
"Saya sedang berhubung dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun
Razak) yang berada di luar negara dan kalau beliau bersetuju dan Jemaah
Menteri boleh putuskan pada Rabu ini.
"Maka kita (kerajaan) boleh 'diklasifikasikan' (ubah status) dokumen ini
tapi kita akan dapatkan nasihat daripada peguam negara dan perdana
menteri sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri di rumah keluarga
Allahyarham Haji Mahmod Kamaruddin di Kampung Telaga Bata di Tumpat,
hari ini.
Muhyiddin berkata laporan tersebut dihasilkan oleh jawatankuasa
berkenaan yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed
dengan beberapa anggota jawatankuasanya termasuk Tengku Mahkota
Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra.
Beliau berkata laporan tersebut menyatakan dengan jelas terutamanya
pendirian kerajaan persekutuan adalah betul kerana tidak terdapat
apa-apa hasil minyak dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai
Kelantan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan