Isnin, 1 September 2014

Chong Wei gigit jari lagi, tewas final Kejohanan Dunia

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sekali lagi tekanan untuk menang gelaran utama di pentas terbesar gagal digalas Datuk Lee Chong Wei dan dia turut gagal memberi hadiah Hari Merdeka ke-57 untuk rakyat Malaysia.
 
Malam tadi, pemain nombor satu dunia tewas kepada Chen Long dari China 21-19, 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia yang dramatik di Copenhagen, Denmark.
 
Dalam perlawanan satu jam sembilan minit itu Chong Wei seperti memberi sedikit harapan apabila bangkit dalam set kedua tapi lawannya yang juga pilihan kedua, lebih bersedia bergelar juara pada edisi kali ini.
 
Jelas badi kemenangan di kejohanan utama berterusan selepas layak tiga kali berturut-turut ke final sejak 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.