MALAYSIAKINI
Seorang lagi pemimpin utama PAS diejek dalam persidangan Muktamar PAS
ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon
dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor.
Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin diberi layanan
seperti itu oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan
penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.
Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat
pertimbangan “rasional dan munasabah” sekiranya ADUN parti tersebut
ditawar menjadi menteri besar Selangor.
Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu
dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti
berkenaan.
"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak
akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji.
Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada
masalah, silakan ambil,
"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat
atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong
kita.
Teriaklah sekuat-kuatnya
"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.
Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan
berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa, namun ia tidak menjejaskan
pendirian peguam tersebut.
"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada
sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein
Ismail menenangkan keadaan.
"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila nkepimpinan PAS
akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini
pandangan saya.
"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.
Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan
yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok pro-Pakatan Rakyat
yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke
jawatan MB Selangor.
Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini.
PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor
untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan