MALAYSIAKINI
Tangis dan teriak menyelubungi sidang media seorang ibu kepada seorang pegawai bank yang mati dibunuh di Kuala Lumpur hari ini.
Mendakwa terdapat kesilapan mahkamah, Law Boh Ing menggesa perkara itu diperbetulkan.
“Saya harap perdana menteri kita, ketua hakim dan peguam negara
mendengar kekhuatiran ini dan memberikan kami jawapan,” katanya dalam
sedu-sedan, sambil ditemani anak perempuannya.
Bagaimanapun,
pada suatu masa, Hie Huong, kakak si mati Wong Jing Kui juga tidak
dapat mengawal perasaannya ketika beliau dan ibunya menceritakan semula
kecederaan saudara lelaki kandungnya itu.
Beliau sempat keluar seketika daripada bilik sidang media.
Jing Kui dibunuh pada 14 Jun 2012 dan Ling Hoe Ing kemudian mengaku
bersalah atas dakwaan membunuh tanpa niat dan dihukum penjara 16 tahun
oleh Mahkamah Tinggi Sibu tahun lepas.
Dua lagi, yang dituduh bersubahat dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan