Azmin
Ali menerima watikah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru daripada
Sultan Selangor pada Majlis Istiadat Perlantikan Dato' , Menteri Besar
dan Exco Selangor di Istana Alam Shah. - Foto Sinar Harian oleh
SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Segala penggunaan dana dan perbelanjaan bagi pembangunan akan diuruskan dengan telus dan penuh amanah.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, semakan penuh akan dibuat oleh beliau untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan negeri berjalan dengan lancar.
"Untuk permulaan, saya akan tumpukan kepada pembangunan di Selangor. Saya akan semak semula setiap perincian dalam semua perkara berkaitan untuk melancarkan kembali pentadbiran negeri ini.
"Saya akan pastikan dana yang ada diguna dan dimanfaatkan dengan telus dan tulus," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mohamed Azmin diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawat jawatan tersebut.
Semalam, Pkr mengadakan mesyuarat tergempar bersama pimpinan parti yang lain bagi merestui perkenan sultan.
Penerimaan Mohamed Azmin bagi jawatan tersebut sekaligus mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi menteri besar di negeri ini.
Azmin dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi persetujuan dan menyokong sebulat suara atas pelantikannya.
Mohamed Azmin tiba seawal jam 8:15 pagi bagi upacara Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, dan kemudiannya menuju ke Masjid Klang Gate untuk menunaikan solat Zohor bersama-sama penduduk setempat.

Usai solat Zohor, beliau menuju ke kediaman bondanya, Che Tom Yahaya di
Kampung Klang Gate untuk berjumpa ibunya dan beramah mesra dengan
tetamu yang hadir sebelum meneruskan perancangan untuk mengadakan
mesyuarat membincangkan kedudukan barisan Exco Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan