Mahkamah Rayuan menolak permohonan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar untuk mengetepikan sabitan kes hasutannya.
Peguamnya berkata, selepas hukuman diringankan, Uthayakumar akan dibebaskan pada 3 Oktober.
Hakim Aziah Ali mengetuai panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara.
“Selepas mengambil kira rayuan migitasi, kami setuju kurangkan hukuman penjara kepada 24 daripada 30 bulan,” katanya.
Turut menjadi panel Hakim Mohamad Ariff Md Yusof dan Ahmadi Asnawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan