ASPAN ALIAS
Sekarang pandangan ramai agak beralih dari isu pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR dan perletakkan jawatannya dari pejabat Menteri Besar kepada isu MAS yang sedang diusahakan pemulihannya dari kerugian yang berterusan yang melibatkan berbillion ringgit.
Pihak Khazanah telah mengumumkan
penstrukturan semula MAS dan ia akan melibatkan kerajaan sebanyak RM6 billion.
Seramai 6,000 orang kakitangan dan pekerja penerbangan Malaysia itu
akan kehilangan pekerjaan dan ia adalah isu yang sangat panas yang sedang dimainkan
oleh pihak pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim.
Apa yang dikatakan oleh Anwar itu
adalah benar, hanya Anwar tidak pula memberikan cara penyelesaiannya jika
situasi itu dihadapkan kepada beliau jika beliau menjadi Perdana Menteri
seperti yang beliau idam-idamkan itu. Anwar menyelar Putrajaya dalam isu
terbaru ini, dan mengkritik Putrajaya sambil bertanya apakah keadaan 6,000
keluarga yang terlibat dari pemberhentian mereka dari syarikat penerbangan
negara itu.
Anwar berkata benar, bagaimanakah
nasib enam ribu keluarga itu dari penstrukturan MAS itu? Tetapi kita wajar
bertanya kepada Anwar apakah solusi yang paling baik jika beliau diberikan
tanggungjawab memperbaiki keadaan MAS, tanpa memberhentikan enam ribu
kakitangan dan pekerja MAS itu?
Bagi saya bukan masanya untuk
menyalahkan Dr Mahathir dan Daim dalam kegagalan MAS itu sejak ia di
‘privatized’ oleh kepimpinan Mahathir dahulu. Sememangnya sakit kerugian itu
bermula dari tindakan Mahathir dan Daim menswastakan syarikat penerbangan itu
kepada Tajuddin Ramli kerana sememangnya isu itu adalah Dr Mahathir dan Daim
yang bertanggungjawab.
Bagaimana pula dengan
‘accountability’ nya? Bukankah ‘accountability’ nya tertanggung kepada ahli
jemaah kabinet negara yang Anwar sendiri merupakan ahli kepada Jemaah Kabinet
itu semasa pengswastaan syarikat penerbangan itu? Kenapa Anwar membiarkan
sahaja Tajudin diberikan ‘indemnity letter’ untuk mempastikan beliau tidak
bertanggungjawab kepada sebarang kerugian syarikat itu?
Hasil dari ‘indemnity letter’
dari kerajaan itu Tajuddin mendapat jalan mudah untuk melarikan dirinya dari
sebarang tanggungjawab dan kerajaan terpaksa akur menanggung RM589 juta yang
sepatutnya ditanggung oleh Tajuddin Ramli itu. Saya mencadangkan kepada Anwar
agar beliau mengemukakan cadangan pilihan untuk mengambil kira tentang enam
ribu orang pekerja MAS yang akan diberhentikan dalam penstrukturan semula MAS
itu.
Anwar mempunyai saham besar dalam
isu ini kerana beliau merupakan ahli ‘senior’ dalam Jemaah Kabinet Mahathir
semasa itu. Anwar bukan sahaja tidak memberhentikan tindakan Mahathir melakukan
‘bailout’ terhadap Mirzan Mahathir yang melibatkan hampir RM2billion pada 1996
yang lalu. Beliau selaku Menteri Kewangan sepatutnya membantah dalam usaha
Mahathir melakukan ‘bailout’ terhadap anaknya yang gagal dalam perniagaan itu.
Jika kita berbahas secara
simlistik kita boleh memberikan alasan yang baik untuk ‘bailout’ MAS ini,
kerana syarikat kepunyaan individu anak kepada Perdana Menteri semasa itu boleh
di ‘bailout’ dengan berbillion ringgit, kenapa kita begitu risau dengan ‘bailout’
syarikat penerbangan kepunyaan rakyat yang ramai ini?
Kita tentu akan kagum dengan
Anwar jika beliau mencadangkan kaedah pemulihan alternatif kepada perancangan pemulihan yang dicadangkan
oleh Khazanah Nasional ini, bagaimana caranya Anwar berfikir untuk membatalkan
pemberhentian 6,000 orang pekerja dan kakitangan MAS itu?
Di sini merupakan satu ujian bagi
Anwar yang telah mengkritik cara pemulihan MAS itu dan tentunya amat baik dan
ditunggu-tunggu jika Anwar dapat memberikan cadangan ‘alternative’ bagi
pemulihan ini tanpa memberhentikan enam ribu pekerja ini.
Kita tunggu pelan pemulihan
cadangan dari Anwar Ibrahim. Pelan itu wajar dipaparkan kepada umum kerana MAS
adalah kepunyaan rakyat yang melibatkan wang pembayar cukai negara.
1 ulasan:
Waah, Tuan Aspan memmang bijak, komen beralas macam nak salahkan Anwar aja agak nya. Ingin juga rasanya nak dengar cerita dari Anwar waktu dalam cabinet dulu. Kenapa tak banggang? Akibat mungkin memendam rasa ada orang rasa tak senang maka timbul lah Anwar perlu dipecat sebelum menjadi PM. Kalau Anwar jadi PM yang punya kuasa penuh dan kejadian ini berlaku mungkin kita dapat pertanggungjawapkan pada dia. Tuan Aspan perlu ingat, sesiapa tak setuju akan dibuang. Lihat trench sekarang, apa yang kita setuju dengan kerajaan akan disabit dengan bermacam akta kesalahan, janji kita bukan dari UMNO. Mereka bebas berbuat apa saja, PN akan mati pucuk untuk bertindak dan serupa dengan KPN. Hanya diam membisu seribu bahasa. Insyallah jika tiada penipuan Anwar pasti jadi PM. Di kala ini lah kita boleh buat penilaian sama ada dia layak atau pun gagal. Ikut macam Amerika, presiden bertukar ganti masih maju. Bukan macam Malaysia, bila hilang kuasa masih boleh hidup kerana wang dah banyak diterima hasil rasuah. Hanya satu pemimpin tidak banyak wang dan harta ia lah TGNA. Boleh buat kajian untuk buktikan. TDM lah paling kaya setelah berhenti, kenapa kah rakyat bodoh tiada memikirkan ini semua. Sekarang akan terjadilah malapataka untuk 6000 kakitangan MAS. Kamana mereka harus mengadu kerana kerugian MAS adalah disebabkan oleh kroni UMNO. Keuntungan habis di sapu MAS yang dapat rugi. Tuan Aspan jangan hanya pandai menulis, kamu pun patut beri cadangan. Ini ashik nay hentam orang saja, mentang mentang orang yand dibedal tu tak punya kuasa. Letaklah otak ditempat yang sepatutnya, baru orang akan salut.
Catat Ulasan