KUALA LUMPUR - Kegagalan 'mencungkil' punca sebenar lahirnya golongan
gelandangan mengakibatkan pelbagai usaha membantu mereka sekali gus
mengakhiri episod gelandangan di Malaysia menemui jalan buntu.
Sehubungan itu, Pakar Psikologi Sosial, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din menggesa agensi kerajaan yang bertanggungjawab menangani isu gelandangan mencontohi sukarelawan NGO yang benar-benar berminat membantu golongan itu tanpa mengharapkan ganjaran.
Beliau, yang juga kaunselor residen di National Board for Certified Counselors Amerika Syarikat, berpendapat agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat gagal berfungsi dengan berkesan.
Meskipun mempunyai jumlah kakitangan yang ramai, ada yang melihat mereka kurang berminat dan kurang inovatif, kata Mohamed Fadzil kepada Bernama.
"Sepatutnya agensi-agensi ini bekerjsama erat dengan NGO yang proaktif sebab NGO selalunya kumpulkan banyak data.
"Saya tegaskan golongan gelandangan ini tidak ramai jadi tiada masalah untuk kita 'profile'kan mereka," katanya.
Mohamed Fadzil berkata kerjasama dan persefahaman yang baik antara semua pihak berkepentingan akan memudahkan usaha mewujudkan satu garis panduan atau pelan tindakan membantu golongan yang kurang bernasib baik itu.
Tegasnya, pelan tindakan yang diwujudkan itu pula harus bersifat kekal dan tidak bermusim supaya masalah gelandangan dapat dibendung secara keseluruhannya.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan harus menggariskan satu dasar khusus yang menjelaskan prinsip dan falsafah negara mengenai golongan itu terlebih dahulu.
Mohamed Fadzil seterusnya meminta masyarakat menerima hakikat bahawa golongan gelandangan memang wujud dalam mana-mana sistem sosial.
"Kita kena terima...lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar kerana adanya jurang sosial yang luas.
"Aspek pekerjaan, makanan, jaminan hidup malah pengangkutan juga menjadi punca mereka hidup tidak berumah," katanya.
"Sebab itu bila beri pekerjaan atau kaunseling, ia gagal. Sebab ada orang-orang yang bekerja tetapi tidur di tepi-tepi jalan kerana masalah pengangkutan.
"Ada juga yang sudah biasa hidup seperti itu dan tidak mahu tinggal di pusat-pusat penempatan," katanya.
Beliau berkata, gelandangan perlu difahami secara individu dan tidak hanya dilihat dari luaran hingga melabel mereka sebagai 'pencemar' kawasan bandar.
Meskipun dianggap mencemar dan menyusahkan, Mohamed Fadzil berkata kelompok gelandangan sebenarnya amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Kuala Lumpur.
"Isu ini sebenarnya masih OK.
"Cuma kita gagal memahami dan banyak menganggap mereka hanyalah orang-orang yang memerlukan tempat tidur dan makan.
"Walhal, mereka adalah satu kelompok manusia yang tersendiri," kata Mohamed Fadzil. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan