Rabu, 5 Februari 2014

Video 'Onederful': Teresa lapor polis


Video 'Onederful': Teresa lapor polis


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini membuat satu laporan polis selepas menerima pelbagai kecaman melalui panggilan telefon yang dilakukan oleh individu yang tidak dikenali.

Belia mendakwa menerima pelbagai jenis SMS telah dikirim ke nombor telefon bimbitnya dengan perkataan negatif dan mengancam keselamatan.

"Saya telah membuat laporan polis hari ini selepas menerima banyak panggilan telefon yang mengganggu daripada individu-individu yang tidak dikenali sejak jam 11.44 malam pada 3 Febuari 2014.

"Saya turut menerima banyak pesanan teks malah pesanan Whatsapps' yang negatif dan mengancam keselamatan termasuk daripada seorang bekas ahli Parlimen dan Adun," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Pada Isnin lalu, menurut laporan media polis akan meneliti dalam menyiasat kenyataan Kok  dalam klip video yang didakwa berbaur fitnah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Kok turut menggesa pemimpin Umno supaya menonton video klip yang dihasilkannya sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

"Saya juga mahu mengingatkan menteri-menteri Umno, iaitu (Datuk Seri) Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin dan (Datuk Seri Ahmad) Shabery Chik untuk menghentikan serangan yang tidak wajar ke atas saya.

"Saya menggesa mereka untuk menonton klip itu sekali lagi sebelum membuat sebarang pertuduhan liar ke atas saya," katanya.

Tiada ulasan: