Surat Permohonan Maaf Ammar Buat Shalwati Norshal (Ibu) : Sebelum ini, Berita Semasa ada kongsikan (DI SINI), cerita disebalik perkenalannya sahabat baik pasangan Azizul Raheem Awalludin & Shalwati Norshal.
Terbaru, surat permohonan maaf yang
dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di
Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya
Shalwati Norshal. Kenapa?
Azizul Raheem Awalludin, yang menjadi
pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal,
yang sudah mula didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah
dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di
antara 7 dan 14 tahun.
Pegawai Kedutaan Malaysia, adik-beradik
Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk
memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah
Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.
Surat Permohonan Maaf Ammar Buat Shalwati Norshal (Ibu)
Surat Permohonan Maaf Ammar Ammar buat Ibu” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ – Ammar Azizul Raheem Awalludin ( anak kedua pasangan itu )
Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre
memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di
Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan
serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini
telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Peguam Shalwati berkata mengenai perangai anak pasangan Azizul Raheem Awalludin & Shalwati Norshal. :
- Sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya.
- Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita.
- Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.
Sementara itu , Shalwati kelihatan
gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia
juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian
berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara
Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan
itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap
mereka.
Rakaman Video Ammar Buat Polis
Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul ‘lebih seribu kali‘
dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering
memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di
YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.
Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.
“Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah,” kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).
Ammar menerangkan tiga insiden yang
menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia
sepatutnya menyiapkan kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya
Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan
ibunya.
Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir & kelihatan air matanya mengalir dan suaminya menundukkan kepalanya.
Apabila ditanya jika adik-beradiknya
turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang
jika dibandingkan dengannya. Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali
menyebut bahawa dia ‘layak dipukul’ kerana menurutnya hukuman itu dibuat
kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.
Apabila ditanya siapa yang menentukan
hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya
sendiri. Perbicaraan disambung pada Khamis.
Dakwaan
Pegawai pendakwaan, Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati :
- Tuduhan terhadap Shalwati : Dakwaan menggunakan penyangkut baju, kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka.
- Tuduhan terhadap Azizul : Menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.
Gantirugi
Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).
Nasi sudah jadi bubur
Seperti peribahasa di atas, kes ini
semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang
sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar
mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan
Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan.
Semoga kes
ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan