Isnin, 10 Februari 2014

Pengajaran dari Tun Dr Ismail.

sakmongkol.blogspot.com/


An honest man is not neccessarily a nice man- Tun Dr Ismail.

Bila kita tengok suatu kumpulan Melayu menyembelih ayam dan menyimbah darah keatas beberapa potret MP bukan Melayu kita sedih. Apa sudah jadi kepada bangsa Melayu? Sudah lah miskin, laku perangai pun miskin. Ini agak nya, kebenaran dalam pengamatan pendita Zaaba bahawa orang Melayu pada hitung panjang nya miskin dalam serba serbi. Miskin wang Ringgit tidak terperi, ditambah miskin pula dalam laku perangai. Bagaimana perlakuan sedemikian menegakkan maruah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan Raja2 Melayu? 

Maruah Melayu macam mana yang tercemar dan tercalar? Takkan lah Melayu seperti ini yang kaya raya, gagah perkasa memerlukan kaedah samseng dan samseng2 untuk mempertahankan harga diri dan maruah mereka? 

Sembelihlah ayam, itik atau unta sekali pun, keadaan orang Melayu tidak akan berubah. Seperti saya sebut dalam artikel yang lalu, lama sangat sudah kita memekik ketuanan Melayu sana sini- tapi kita yang tuan duduk rumah setinggan, rumah pprt, rumah kos rendah. Yang pendatang duduk rumah besar, pangsapuri ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit. Maruah Melayu, pemimpin Melayu tidak pula dianggap tercalar. Maruah raja Melayu saya tidak hendak sebut, sebab semua mereka kaya raya. 

Ramai Melayu tidak faham- taat kita kepada kerajaan adalah taat bersyarat. Its always a qualified loyalty and allegiance. Mereka yang cetek akal tidak faham konsep bertaat setia. Demang lebar Daun semasa berbaiah dengan Seri Teri Buana dahulu pun, mesyaratkan taat setia anak cucu dia. Selagi pemerintah(ketika itu Raja lah) tidak menganiayai anak buah Mr. Demang, maka mereka taat. Tapi jika dianiayai dan dizalimi, taat itu batal. Mr Demang nyata lebih farsighted dari budak2 yang balik dari Amerika dan England yang turut memekik Malay supremacy sana sini. 

Nabi kita pun ada sebut supaya memuliakan raja dan membesarkan akan dia- kerana raja itu bayangan Allah dimuka bumi dengan syarat dia berlaku adil.

Dalam semua kes, ketaatan kita mesyaratkan pemerinatahan yang adil. 

Saya cukup benci mendengar pengakuan orang melayu, mereka tidak akan sanggup menyebelahi bansga lain . Ini pemikiran Nazi Germany. Jahat mana pun Melayu, kita mesti sokong. Sebab itu saya kata orang macam ini adalah calon terbaik untuk samseng Melayu masuk kerumah mereka, tidor dengan isteri dan anak perempuan mereka, mereka sedia menyebelahi perbuatan samseng Melayu tersebut, sebab, apa pun, mereka itu Melayu.

Hidup Melayu!.

Tok nenek saya dahulu berperang dalam pemberontakan Pahang berparang, bertombak dan berlembing dibunuh dan membunuh petualang dari bangsa sendiri jugak. Malu kita anak cucu Tok Gajah Imam Perang Rasu Abdul Salam bin Tok Shahrum jika menyokong UMNO sebab UMNO dan sekutu mereka, masih anggap Tok Gajah sebagai penderhaka dan pemberontak. Tidakkah pasukan bola Pahang sedar bahawa Tok Gajah masih dianggap sebagai pemberontak yang jadi magsa konspirasi Inggeris dan Raja nya sendiri? 

Jadi berhentilah nak beritahu kita bagaimana dan dimana meletakkan asas perjuangan kita.  Prinsip kita ialah perjuangan menentang kepalsuan, kemunafikan dan kezaliman dan kesamsengan, tidak mengenal bangsa. Yang penting ialah melawan kesamsengan bukan identity samseng itu. 

Apa kaitan lakonan lucu arahan Teresa Kok dengan maruah pemimpin Melayu, bangsa Melayu dan Raja2 Melayu? Perkara yang dijadikan bahan lucu betul dan benar berlaku. Harga barang meningkat, kualiti pendidikan kita menurun, keadaan keselamatan negara tidak aman, lanun ramai dilautan kita, pengurusan ekonomi teruk, harta dan wang rakyat dibazirkan oleh pemimpin yang boros. 

Keadaan orang Melayu, miskin, corot dalam perlumbaan, ketinggalan dalam banyak hal, lemah serba serbi , semua ini tidak ada kaitan dengan bangsa Cina. Bukan orang cina yang menyebabkan Melayu jadi demikian. Bukan orang Cina yang memerintah orang Melayu. 

Yang memerintah orang Melayu ialah kerajaan yang di pimpin Melayu. Maka jika bangsa Melayu lemah serba serbi penyebab nya ialah kerajaan. Tukar kerajaan tersebut dan tengok bagaimana orang Melayu hidup. 

Kemudian, kita tengok pula suatu kumpulan Muslim dari bangsa Melayu membuat poster tawaran RM1200 kepada sesiapa yang boleh menampar Teresa Kok. Banyak sangat kah duit orang ini? Kalau banyak, masukkan kedalam tabung kebajikan Raub. Ramai orang susah disana. 

Bila perkara demikian berlaku, maka sedarlah kita dalam negara ini ramai orang Muslim, tapi kurang Islam dilaksanakan. Islam tak suruh kita melakukan keganasan dan tabiat hodoh macam ini. 


Sudah lah bangsa kita Melayu termundur dan berkurangan dalam serba serbi, laku perangai lebih teruk dari kemiskinan mereka. Apa yang mereka dapat dengan perbuatan demikian?

Adakah dengan melakukan demikian, harga barang akan turun, rasuah akan berhenti, pencurian harta dan wang rakyat akan disekat? Ianya hanya menimbulkan kemarahan orang Melayu dan mengundang kebencian bukan Melayu.

Sepatutnya, setelah 57 tahun kita merdeka, takde lagi perkara perkauman seperti ini. Orang cina ada yang tingal di bumi Malaysia ini 5 hingga 6 jenerasi. Mereka pun sudah jadi warga negara Malaysia. Jika kita suruh mereka balik ke China, orang China pun tidak mahu terima mereka. Demikian juga orang India. Zahid Hamidi jenerasi berapa dalam Malaysia? Kedua? Ke3? Kalau setakat 3 jenerasi, maka cina yang sudah 5 keturunan duduk disini mempunyai lejitimasi yang lebih daripada Zahid Hamidi untuk mengakui warga negara. 

Pagi2 tadi saya terima panggilan dari seorang sahabat. Dia berkerja lama dengan Tun Dr Ismail. Kalau dizaman Tun Ismail, perkara seperti sembelih ayam dan provokasi ganas yang lain pasti tidak berlaku. 

Satu daripada quotation Tun Dr Ismail yang famous ialah an honest man is not neccssarily a nice man. Ini prinsip hidup Tun Dr Ismail. Sebab prinsip ini dia di geruni oleh kawan dan lawan. Tun Ismail selalu menasihatkan orang Melayu bahawa yang menguatkan orang Melayu ialah undang2. Tanpa undang2 orang Melayu akan lemah. Janganlah kita ingat kita ada askar melayu, polis melayu, raja Melayu, kita ini kuat. Orang lain pun kuat juga. Pahlawan Melayu Melaka dahulu pun kuat dan perkasa. Bila Portugis datang dengan teknoloji perang moden, empayar Melayu Melaka pun luput dari sejarah. 

Sekali lagi, kita ulangi. Apa yang kita dapat dari menyembelih ayam dan menyimbah darah? Boleh kita hapuskan rasuah? Boleh kita berhentikan samun? Boleh ia meningkatkan pendapatan orang kampong? 

Izinkan saya cerita suatu peristiwa Tun Dr Ismail. Suatu ketika seorang profesor( ketika itu professor madya) dari UM telah menulis suatu poison pen letter atau surat beracun yang mengecam bangsa cina. Polis sudah bersedia nak tangkap professor ini tapi Tun Dr Ismail kata- jangan, bring him to me. 

Jadi pegawai dari kementerian dalam negeri pun membawa professor tersebut bejumpa dengan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bertanya pada professor itu- what kind of professor are you? Professor itu jawab, saya professor ilmu geography. No, that is not the question I am asking you. I asked , what kind of professor are you? 

Apa yang awak boleh capai daripada menulis surat beracun tersebut? Ia hanya akan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan menanam kebencian bukan Melayu. Akhirnya jadi pertumparan darah. You hendak jadi that kind of professor? Professor itu cuba membantah dengan mengatakan- itu Tunku buat macam itu…, Dr Ismail kata, that is not the issue. The issue is the poison letter you wrote. Ia boleh meningkatkan ketegangan kaum. 

This is what I want you to do. You go back and withdraw all those poison pen letters, if not I will put you under ISA. 

Sebab itu Tun Dr Ismail selalu kata, an honest man is not necessarily a nice man. Tun Dr Ismail was prepared to be brutally honest.

Tiada ulasan: