Rabu, 5 Februari 2014

Berita Adun Hutan Melintang keluar PKR palsu

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S Kesavan tidak pernah menghantar surat mengisytiharkan diri keluar daripada PKR, jelas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

"KEADILAN (PKR) telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan a/l Subramaniam, Adun Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

"Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti.

YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut," kenyataan tiga perenggan Fahmi dipetik.

Tiada ulasan: