“Permohonan kami adalah kerana SOSMA itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan ... tangkapan dan penahanannya tercalar dengan mala fide,” kata peguam Fadiah Nadwa Fikri kepada pemberita hari ini.
Peguam itu menegaskan SOSMA adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia membenarkan bukti yang tidak mengikuti peruntukan dalam Akta Keterangan.
“Sesiapa sahaja boleh ditahan,” katanya, dan menjelaskan undang-undang itu adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan perlindungan sama rata untuk setiap individu.
“Jelas mereka mahu menjadikan beliau sebagai saksi bagi melawan Yazid dan Halimah,” tegas Fadiah.
Selain Hilmi, Yazid Sufaat, 49, dan Halimah Hussein, 52, antara tiga yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan keganasan dan ditahan di bawah akta baru itu pada 8 Febuari lalu.
Yazid, bekas tahanan ISA, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang bulan ini kerana disyaki mengakibatkan keganasan terhadap orang awam di Syria, dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan