Aedi Asri
PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan
Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari
Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki
Filipina, Manuel Karingal Amalilio.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk
bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum
(PRU) ke 13.
Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.
“Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang
(haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?” katanya
pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di
sini, hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama
melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam
penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.
“Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak
berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan
didakwa.
“Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap.
Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di
dunia,” katanya, sinis.
“Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi
RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?” katanya disambut sorakan
hampir 5,000 hadirin.
Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16
Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang
Murah (LCCT) Sepang.
Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa
Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen
Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.
Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan
mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina
yang dimilikinya, palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan