Salah seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata, peserta berkenaan nekad meneruskan perjalanan dari Babagon ke Pagansakan di Penampang hari ini.
"Peserta sebulat suara menolak ancaman (polis) dan sebulat suara juga mahu menerukan perjalanan," kata Andrew yang menjangkakan mereka akan tiba di Pagansakan pada kira-kira jam 2 petang.
Katanya, MP Penampang Tan Sri Bernard Dompok dijangka akan menyampaikan ucapan di majlis penutup di Pagansakan.
"Beliau akan melawat kawasan ini dan beliau akan diberi penghormatan berucap kerana beliau pernah mendesak agar RCI Sabah dijalankan," kata Andrew yang juga dikenali sebagai Atama di kalangan peminat lagu rap.
Menurut Andrew, yang kini membuat persiapan menyambut peserta kembara di Pagansakan, kembara mereka hari ini turut disertai pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Kembara sejauh 60 kilometer dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil itu berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 22 Februari lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan