Skuad BO
Menurut Setiausaha Kerja 'R' Syed Solah Syed Hassan, para aktivis 'R' telah berkumpul di hadapan Pasar Besar Kedai Payang seawal jam 9.00 pagi untuk mendesak Najib Razak supaya kembalikan royalti minyak negeri Terengganu yang telah dirompak.
Beliau yang bergerak secara berduaan dengan seorang aktivis Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), agak terpisah dengan kelompok aktivis lain, dengan tujuan mahu menyampaikan pelekat 'R' kepada Perdana Menteri Malaysia itu.
"Saya dan rakan aktivis mahasiswa dari Gempur bergerak di Pasar Payang, tiba-tiba telah didatangi seorang "samseng" yang kurang ajar, lalu meyuruh kami balik........ tidak cukup dengan itu dia nak (cuba) merampas kain rentang yang tertulis "najib perompak royalti " dari kami,
"kemudian datang beberapa orang polis, merampas banner tersebut dan menahan saya selama kira-kira 10 mint,"ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata, polis tersebut tidak menangkapnya, namun menahan beliau dari terus bergerak beberapa ketika.
Ketika itu, katanya, pihak polis telah bertanyakan beberapa soalan, antaranya, mengapa datang ke situ dan mengapa membuat tindakan yang memalukan Perdana Menteri, Najib Razak.
Syed Solah berkata kepada polis itu, beliau datang ke situ bukan untuk malukan Perdana Menteri tetapi untuk menuntut hak rakyat Terengganu yang telah dicuri oleh Perdana Menteri.
"Kami datang hari ni bukan untuk malukan PM tapi kami nak tuntut hok kami yang telah dicuri PM........mana ada akta yang tidak membenarkan untuk pegang kain rentang sambut PM.......
"sepatutnya PM kena (bersikap) terbuka dan bukan ini cara layanan terhadap kami, (hak) kami yang telah dicuri (oleh) PM........,"tegasnya
Menurutnya, rakan-rakan aktivis 'R' yang lain turut disorak dan diserbu oleh peyokong-penyokong jelajah janji ditepati BN, namun begitu bantahan terus berjalan di sepanjang jalan kampung Daik menuju ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Katanya, jalan tersebut adalah laluan 'walkabout' Najib yang berkempen secara berjalan kaki selama 5 minit dari Pasar Besar Kedai Payang ke Hentian Bas MBKT, sebelum mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno-BN di Dataran Syahbandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan