MALAYSIA KINI
Pemimpin
popular DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak menafikan sumbangan politik RM40 juta kepada Umno Sabah
diseludup, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya
masih belum mengesahkannya.Lim berkata, SPRM belum membangkitkan persoalan sama ada wang itu terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram atau tidak.
Tiada sebarang penjelasan dibuat sama ada wang tunai dalam mata wang Singapura yang dibawa oleh peniaga balak Sabah Michael Chia daripada Hong Kong pada 14 Ogos 2008 itu diseludup atau wang pengubahan haram.
Justeru, kata Lim, bagaimana perdana menteri atau menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz yang mengulas perkara itu tahu sama ada ia wang pengubahan atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan