Jumaat, 12 Oktober 2012

SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012?

 Staff Berita Semasa
spr malaysia SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012?

SPR Malaysia : Pilihanraya Umum ke 13 bagi sudah hampir tiba. Kalau semak semua kenyataan pembentangan Bajet 2013 tempoh hari yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, beberapa bantuan akan diberikan pada pada awal 2013. Memberikan “signal” bahawa kononnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2013. Walaubagaimanapun….

Walaubagaimanapun, hati kecil kami kuat mengatakan yang mana Pilihanraya akan diadakan pada bulan November atau selewat-lewatnya Disember 2012 ini….

SPR Malaysia Minta Semak Senaraian Daftar Pemilih & Selesaikan Segera!!

Yang sedihnya, walaupun sudah beberapa tahun selepas berlabuhnya tirai Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008, sekarang ini semakan daftar pemilih yang dilakukan di portal SPR Malaysia menunjukkan masih ada lagi senaraian daftar pemilih Malaysia yang berumur lebih 100 tahun, iaitu seramai 1538 orang. Ini apa yang kami perolehi. Yang masih lagi belum dibongkarkan?

Ya…benar kita faham, orang dulu-dulu umur boleh senang-senang menginjak melebihi umur 100 tahun. Ini semua disebabkan faktor pemakanan, persekitaran dan cara hidup mereka yang menyebabkan mereka “boleh bertahan lama”. Sekarang?

Tetapi….yang menghairankan kami bagaimana boleh ada begitu ramai rakyat Malaysia yang berumur lebih 100 tahun? Di Perak sahaja ada seramai 1538  daftar pemilih yang berumur lebih 100 tahun dalam daftar pemilih di SPR Malaysia. Hebat….
Yang menakjubkan kami adalah kesemuanya mereka mempunyai hak untuk mengundi?
Kami sempat merakam paparan beberapa butiran daftar pemilih yang berumur 100 tahun di laman web SPR Malaysia. Melayu ada, Cina ada, India ada. Lengkap 1 Malaysia….

SPR Malaysia - Bukti Aduan Daftar Pemilih 1

Picture 1 of 7
 
P/S : Senarai daftar pemilih seramai 1538 yang berumur 100 tahun anda boleh download dan semak di sini. Senarai Pengundi 100 di Perak

Tiada ulasan: