Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat
sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah
tanpa bantuan Kerajaan Pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri
yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan
projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.
“Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan
berikan fakta, rumah kos rendah ini tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor
dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah
bilion untuk bina rumah kos rendah.
“Masa
saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah
kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya beri tanah
dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan,” katanya di depan 8,000
hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan
parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka
Rakyat ke negeri itu.
Menyentuh kejayaan Selangor, Anwar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar paling berjaya.
“Sebagai Menteri Besar, Selangor adalah yang paling berjaya dalam
sejarah, tengok bagaimana beliau (Khalid) boleh kutip hutang daripada
syarikat Talam. Tapi isu ini tidak pernah disiarkan. Lebihan wang negeri
melebihi RM2 bilion, ini baru empat tahun memerintah.
“Apa beza (pentadbiran) Pakatan, kita tunjukkan pelaksanaan,
contohnya apa yang kita buat selepas pilihan raya, beri air percuma
kepada rakyat,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Prestasi kewangan Selangor mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011
membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011
meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.
“Saya tak jamin pemimpin Umno tidak ambil tanah negeri, bawa syarikat negeri dan komisen berbilion ringgit.
“Sebab
itu paling penting integriti moral yang perlu ada dalam politik negara
dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara kerana (apabila) orang masuk
politik itu untuk cari kekayaan. Menteri mana tidak ambil saham
Bumiputera, lembu pun diambilnya,” kata Penasihat Ekonomi Selangor itu.
Anwar turut mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
sanggup mempertahan ‘penyangak’ negara daripada membela rakyat.
“Najib kenapa kamu pertahankan orang yang rompak negara, rasuah? Mengapa kamu tiada keberanian untuk lawan perkara ini?
“Nak jadi pemimpin kerana berani, tengok Syed Mokhtar (Al-Bukhari),
nak apa pun boleh, KTM (Keretapi Tanah Melayu) dapat, beras dapat, gula
dapat, Tanjung Pelepas pun terlepas,” sinisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan