Selasa, 16 Oktober 2012

Sarawak terus dengan projek ‘sakit’

Oleh : Adil Mat Selamat

Pendedahan laporan Ketua Audit Negara telah menunjukan dengan jelas bagaimana tahap pengurusan kerajaan negeri melalui agensinya apabila perkara yang sama terus berulang sungguhpun Ketua Menteri dan Perdana Menteri terus melaungkan slogan janji ditepati.

Terbaru, laporan tersebut yang dibentangkan di parlimen semalam sendiri mengesahkan masih terdapat beberapa jalan raya yang hingga kini masih belum siap sungguhpun projek ini telah bermula sejak tahun 2009. Tetapi kini kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ‘janji hanya tinggal janji’.

“Sehingga lawatan Audit pada 21 Disember 2011, projek ini belum siap dan dikategorikan sebagai projek sakit. Notis Penamatan Kontrak telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 22 Februari 2012. Keadaan jalan dan jambatan bagi Projek Naik taraf Jalan Biawak yang tidak siap adalah seperti Gambar 4.5 dan Gambar 4.6 ”. Ini ayat-ayat dari teks laporan Ketua Audit sendiri.

Mengikut pendedahan laporan audit Negara lagi, pada awalnya pun projek ini sudah bermasalah.

“Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak (LPPS) pada Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak Bil.9/2009 yang diadakan pada awal Ogos 2009 telah bersetuju menerima tawaran penender ini pada harga kontrak RM29.95 juta.

Bagaimanapun, didapati kontraktor ini menghadapi masalah untuk membayar pasukan pembinaan sejak Oktober 2010 seperti dilaporkan dalam Utusan Borneo seperti di Keratan Akhbar 4.1. Selain itu, The Sunday Post pada 25 Disember 2011 melaporkan penduduk telah mengadakan demonstrasi terhadap projek yang tidak siap seperti di Keratan Akhbar 4.2.”

Jika inilah hasil pentadbiran BN di Sarawak, Nampak gayanya penduduk Sarawak kena tunggu berpuluh-puluh tahun lagi nak dapat kemudahan asas sebegini.

Ataupun rakyat Sarawak boleh memilih untuk berubah dan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi. – Roketkini.com




 

Tiada ulasan: