Oleh Aedi Asri
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh
mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam data senarai daftar
pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati
bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.
“Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, warga Filipina yang
didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam
Parlimen Sepanggar.
“Nama
kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad pengenalan dari
Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang,” jelasnya
pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Ini bukan tuduhan, tetapi mereka didapati bersalah di mahkamah,”
tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih SPR dan
laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk
Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu
melaporkan, Hassanuddin, 37 memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad
palsu itu pada harga RM1,000 melalui rakannya, dengan nombor siri
741029-12-5463.
Beliau dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau
penjara sebulan kerana memiliki dokumen palsu oleh Majistret, Norhamizah
Shaifuddin.
Manakala laporan mengenai Salleh juga dilaporkan di akhbar sama edisi 21 September.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pagi tadi
ketika menjawab soalah Wilfred berkata, kemasukan warga asing di Sabah
tidak mengancam keselamatan negara.
“Ini kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan badan kerajaan
seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia
(Rela),” katanya lagi.
Menempelak jawapan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, warga
asing yang memiliki kad pengenalan palsu ternyata mengancam keselamatan
negara.
“Mereka mencuri hak dan harapan rakyat Malaysia (kerana) dibenarkan memilih pemimpin negara,” kecam Fuziah.
Dalam pada itu, Tian Chua mendesak kerajaan Umno BN supaya
menjalankan siasatan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI)
serta membersih daftar pemilih sebelum pilihan raya akan datang.
6 ulasan:
Ada lebih banyak pemegang IC palsu yang boleh mengundi di luar sana.
Adakah SPR mampu menjanjikan bahawa PRU13 ini telus?
Maka SPR perlu berkerjasama dengan JPN bagi menyelesaikan masalah ini.
siasat dulu dakwaan ini.
SPR perlu lebih berhati-hati dalam mengatasi masalh IC palsu
Pihak polis perlu segera banteras dalang disebalik IC palsu tu
Catat Ulasan