“Apabila tidak dapat membongkar keburukan Pakatan Rakyat (PR), mereka cuba menggunakan sentimen lain pula untuk meraih undi," katanya.
Koo Ham berkata, apa yang dilakukan pemimpin parti itu jelas menunjukkan MCA terdesak dalam meraih sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.
“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang beliau (Soi Lek) mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pakatan antara DAP bersama Pas dan PKR telah banyak mengubah persepsi masyarakat Islam terhadap parti itu, ia termasuk pandangan pengundi bukan Islam terhadap agama rasmi negara.
Katanya, dalam apa juga konteks, persefahaman dan saling menghormati perlu wujud dalam mengukuhkan hubungan sesama parti.
“Nasihat saya, carilah alternatif lain, jangan kerana terdesak, kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan