Khamis, 11 Oktober 2012

Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal

Nik Muhd Rafiq Abd Ghani

Kereta Perodua Myvi
Kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan meragut enam nyawa awal pagi tadi.
 
kemalangan 4
(Atas kiri) Nursyazleen Norizan (atas kanan) Nur Syardiena (bawah kiri) Wan Alpisar Wan Abd Kadir (bawah kanan) Nurkhairatul Najiha
 
[DIKEMAS KINI, JAM 4 PETANG] KIJAL - Enam orang dari satu keluarga maut dan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Meraga Beris di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di kawasan Kampung Meraga Beris kira-kira jam 4.30 pagi.

Keenam-enam mangsa yang maut meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardien Afzan Narizan, 9, Nursyazleen Narizan,12, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43.

Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan,17, dan Nursyafura Narizan,13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut.

Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera.

Kereta terbabit, Perodua Myvi dinaiki lapan penumpang, dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Marlek Hakim Johar berkata kes masih dalam siasatan pihak polis.

Abdul Marlek turut meminta saksi kejadian agar dapat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azami Murat Ismail menerusi talian 09-8592222 atau balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: