KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 apabila tiada peruntukan khusus diberikan kepada kedua-dua negeri itu.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan ekonomi yang tidak sekata di antara negeri dan kumpulan masyarakat menyebabkan Sabah dan Sarawak masih terus dipinggirkan.
“Kemudahan dan jaringan infrastruktur di Sabah dan Sarawak adalah ketinggalan berbanding di Semenanjung yang akhirnya membantutkan pertumbuhan ekonomi.
“Malah Bajet 2013 yang diumumkan minggu lepas mengelak dari menyentuh persoalan-persoalan pokok sebegini dan dipenuhi dengan retorik dan pengumuman politik,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada perbahasan Bajet 2013 semalam.
Dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembekalan 40,000 tangki air di pedalaman Sabah Sarawak.
“Berbanding Barisan Nasional, Pakatan Rakyat lebih komited dengan menaikkan bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak daripada 5% kepada 20%,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.
Skim terbaru turut diperkenal kepada penduduk Malaysia timur itu iaitu diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabawak.
“Ia tak boleh selesai hanya dengan (menurunkan) harga gas,” katanya ketika dihubungi.
“Yang penting ialah penyelesaian lebih konstruktif. Sebagai contoh, pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam satu skim berjadual yang akan diselesaikan dalam tempoh 15 tahun,” jelasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw mempersoal mengapa terdapat sektor serius yang ditinggalkan dari sejumlah RM251.6 bilion peruntukan.
“Belanja berjumlah RM251.6 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Tapi kita tidak fokus kepada ketirisan berjumlah RM43 bilion.
“Hutang negara mencecah 54% dari KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Kalau nak cegah ketirisan, kita mesti memperkuat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Badan ini mesti dinaiktaraf sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan.
“Kalau tidak ada (langkah) pencegahan ketirisan, kita akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Ini perkara yang betul. Kita nak mencegah jenayah,” tegas Seng Giaw.
6 ulasan:
Pembangkang tak perlu hasut rakyat Sabah Sarawak.
PR terdesak mahukan undi rakyat Sabah Sarawak untuk merealisasikan anagn2 PR untuk tawan Putrajaya.
Rasanya bajet pembangkang pun apa kurangnya. Tidak banyak pun membantu rakyat Sabah dan Sarawak. Tidak perlulah Anwar mahu cakap banyak. Jika hanya untuk meraih sokongan rasanya rakyat tahu berfikir sendiri.
pembangkang mmg pandai manipulasi untuk kelirukan rakyat.
Bajet pembangkang hanya pemanis saja tu
Anwar sangat pintar berkata-kata tapi kita perlu menilai sebaik mungkin
Catat Ulasan