Khamis, 18 Oktober 2012

ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?

Staff Berita Semasa
ASTRO Naik Harga  ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?

Kami daripada dahulu lagi, sama sekali tidak menyokong dasar monopoli di Malaysia seperti laporan berita yang bertajuk “Mansuh Subsidi Gula & Minyak vs Pecahkan MONOPOLI!!“. Dan berita kemasukan ABN dalam permainan sebagai stesen TV berbayar ini adalah satu bonus kepada rakyat Malaysia. 

Ini kerana memberikan satu variasi kepada pengguna di Malaysia bagi mendapatkan pilihan yang terbaik, baik daripada aspek perkhidmatan dan juga caj yang dikenakan.

Masakan tidak, orang pedalaman pun sekarang ini menggunakan perkhidmatan Astro semata-mata untuk mendapat “signal” yang lebih jelas. Tetapi malangnya apabila tibanya waktu hujan.
“Lampu pelita lebih terang daripada siaran Astro”
Bagi yang masih lagi samar dengan stesen TV berbayar ABN ini, anda boleh semak laporan Berita Semasa yang bertajuk, “Berjayakah Nilamas Corp Sdn Bhd Pecahkan Monopoli Siaran Astro di Malaysia? Pendapat Anda?“.

ASTRO VS ™ Unifi VS ABN ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?
 
Sumber : The Star Online 
EPL Astro ™ ABN ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?  

Jikalau disingkap semula laporan berita yang pernah kami keluarkan bertajuk “Pakej Astro (Sukan) Bakal Dinaikkan? Astro Bayar RM800 Juta!!”  pada 4 tahun lepas.

Pihak Astro Malaysia telah menang dengan tawaran sejumlah RM855 juta setelah “bermati-matian” melawan dengan seteru utamanya Telekom Malaysia (TM). Akhirnya, bagi menampung semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan itu, pelanggan-pelanggan yang tidak melanggan pakej sukan turut menerima tempiasnya tanpa sedar.
  • Naikkan caj bulanan bagi langganan Astro
  • “Relist” semula Maxis Berhad di Bursa Malaysia yang kemudiannya mereka sendiri yang “delist” diri sendiri daripada Bursa malaysia menjadi syarikat Sdn. Bhd.
  • Oleh itu, IPO seterusnya yang dijadualkan pada esok hari iaitu pada 19 Oktober 2012, Astro akan menjadi syarikat Berhad semula dan ini bakal memberikan pulangan yang cukup besar kepada Astro iaitu mampu mengaut sebanyak RM4.6 bilion
  • Jadi, andaikata Astro membuat tawaran sehingga RM1 bilion sekalipun, mereka masih mempunyai simpanan sejumlah RM3.6 bilion.
Caj Astro Naik ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?  

Apa yang ingin kami tekankan di sini, andaikata Astro menang untuk pakej kali ini, keadaan yang berlaku sejak 4 tahun lalu akan berulang lagi. Setiap caj yang dinaikkan akan pukul rata kepada pelangan siaran kartun, movie dan juga discovery.

Oleh itu, pelanggan Astro dijangka akan “membayar harga yang mahal” bagi memenuhi impian pihak Astro Malaysia bagi mendapatkan hak siaran perlawanan EPL (English Premiere League) bagi 4 musim seterusnya. Andaikata Astro Malaysia tidak mendapat atau tidak menang, dijangka semua kedai mamak akan memberhentikan siaran Astro. Mungkin? Siapa mahu tengok golf? Ibarat seperti :
“ASTRO akan hilang seri jika tiada siaran EPL”
Sebelum ada HYPPTV TM, Astro Malaysia masih boleh menang dengan jumlah tawaran yang rendah sahaja. Tidak perlu “bid” sekalipun, Astro tetap akan dapat juga akhirnya hak siaran EPL. Pada ketika itu, lawan mereka hanyalah FTA TV (free-to-air) dengan TV1, TV2, TV3. Sekarang ini Astro Malaysia sudah berdepan dengan pesaing yang cukup gah dan hebat. Ditambah pula pihak EPL turut “main-mainkan” Astro bagi mendapat keuntnungan yang berlipat kali ganda.

Bil Astro Naik ASTRO Malaysia VS TM Unifi VS ABN. Andai Menang, Pakej Astro Akan Naik Harga Lagi?

Cara untuk menampung semula :
  1. buat saluran baru yang boleh kami katakan mengarut seperti Warna, Pelangi kemudian “recycle content” daripada Astro Ria tetapi tetap caj sebagai Premium Channel?
  2. caj pelanggan yang lambat bayar dengan “disconnection fee RM10″, kemudian jikalau pelanggan berminat untuk “reconnect” semula Astro Malaysia akan kenakan caj  ”reconnection fee” pula sebanyak  RM20.
  3. ada lagi mahu ditambah?
Tetapi semua rancangan seperti di atas, masih lagi tidak membantu untuk menampungnya. Jadi mahu tidak mahu Astro Malaysia perlu disenaraikan semula di Bursa Malaysia. Ini kerana dengan duit pelanggan Astro Malaysia yang sedia ada masih lagi tidak mencukupi bagi menampung pelaburan besar mereka bagi menghadapi persaingan sengit mendapatkan hak siaran EPL selepas ini.

Melainkan perolehan duit daripada pelabur-pelabur asalkan hak siaran EPL berada di tangan mereka. Apa pendapat anda pula?

Tiada ulasan: