KOTA BHARU - Penjaga gol nombor satu negara, Khairul
Fahmi Che Mat atau Apex dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya
dengan gadis pilihan, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali
dengan Leuniey pada Disember ini.
Bapanya, Che Mat Hussain yang mengesahkan perkara tersebut berkata,
buat masa ini pihaknya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan
anaknya itu yang dijangka berlangsung sekitar 28 Disember hingga Januari ini.
Menurutnya, keluarganya kini sedang berbincang dengan keluarga Lueniey untuk memastikan majlis berjalan lancar.
“Majlis perkahwinan anak saya ini akan dilangsungkan selepas beberapa
jam majlis pertunangan diadakan pada hari sama. Saya berharap
perkahwinan ini juga menutup kontroversi yang melanda mereka berdua
sejak kebelakangan ini.
“Buat masa ini Apek sedang sibuk dengan latihan skuad kebangsaan, jadi
biar dia beri tumpuan sepenuhnya kepada latihan dahulu,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian semalam.
Sinar Harian baru-baru ini menyiarkan kisah Apex yang mengaku sedang
menjalinkan cinta dengan model Simply Siti. Malah pada Februari lalu,
Luniey pernah menafikan hubungan mereka berdua.
Che Mat juga berkata, buat masa ini Apex sedang sibuk menjalani latihan bersama
skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki yang bermula
penghujung November ini dan tarikh perkahwinan tersebut akan ditetapka
selepas anak keempatnya itu pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan