Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail
Menurutnya, berdasarkan buku laporan tersebut laporan audit itu, sebenarnya sudah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada 12 Jun lalu.
"Buku laporan yang kita terima di dalam Dewan Isnin lalu. Dikatakan ada beberapa sebab mengapa laporan audit ini dikemukakan lambat yang dikatakan munasabah untuk dilambatkan.
"Tetapi semakan saya, sebenarnya laporan audit ini telah disahkan Ketua Audit Negara seawal 12 Jun.
"Bermakna keseluruhan laporan audit telah pun lengkap dan disahkan seawal 12 Jun dan 25 Julai. Maka, tidak ada sebab untuk mengatakan perlu dilambatkan kerana proses pengauditan yang tidak lengkap," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Menurutnya, beliau yakin ada beberapa perkara lain yang menyebabkan proses pembentangan laporan tersebut ditangguhkan.
Bagaimanapun, Azan tidak memperjelaskan secara terperinci 'punca gangguan tersebut' namun beliau yakin tujuan kelewatan tersebut adalah untuk mengganggu perbahasan Ahli Parlimen berhubung laporan itu.
"Saya yakin ada perkara lain yang tidak dinyatakan dan kelambatan ini telah menyebabkan terganggunya proses penelitian kepada semua ahli-ahli Parlimen untuk meneliti untuk tujuan perbahasan dan memberi hujah sesi pembentangan belanjawan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan