Khamis, 17 November 2011

Selangor Bagai 'Rumah Ayam' - Hasan Ali

KLPOS.COM

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dato' Dr. Hasan Ali melahirkan rasa bimbang dengan pertambahan beberapa Rumah Urut di beberapa kawasan di Selangor.

Beliau yang membentangkan isu ini melalui Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi turut menambah, ianya turut bakal meruntuhkan akhlak umat Islam di Negeri ini yang seterusnya boleh menyebabkan akidah tergugat.

"Ayam ini pun ada yang jaga dia. Bapa ayam, mak ayam, abang ayam, kakak ayam" kata Hasan yang menggamatkan dewan dengan gelak ketawa.

Dalam pada itu, Hasan Ali turut menggunakan platform pembentangan pagi tadi dengan membangkitkan isu Murtad. Sambil berasa kesal, beliau turut menjelaskan terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan Agama lain terhadap umat Islam di Negeri ini.
Penyebaran Agama lain itu dilakukan melalui pemberian bantuan kebajikan kepada masyarakat Islam.
"Dapat bantuan gol miskin, ada sakit (HIV), alami masalah rumah tangga berkesudahan. duduk tempat tak selesa. Beri bantuan kewangan, makanan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya."
Maka beliau selaku Exco yang memegang platform Agama akan mempergiatkan lagi perlaksanaan pencegahan tersebut melalui "Unit Selamatkan Akidah" yang ditubuhkan di Negeri Selangor baru-baru ini.
"Dengan inisitif saudara, buat Unit Selamatkan Akidah. Mungkin 41 orang datang dapatkan bantuan2 lembaga zakat didatangi/terlibat dengan gerakan tersebut."
Ucapan beliau ini susulan daripada Kes penangkapan 12 masyarakat Islam yang dakwanya telah cuba memesongkan akidah dan boleh mendatangkan Murtad.
Beliau telah membentangkan kajian yang dibuat bahawa terdapat bantuan dari beberapa gereja di kawasan tertentu yang memberi khidmat bantuan kepada semua peringkat masyarakat termasuklah masyarakat beragama Islam.
Hasan Ali turut meminta kerjasama semua pihak agar merujuk kepada Lembaga Zakat atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan yang memberi khidmat bantuan kebajikan khas buat umat Islam.

Tiada ulasan: