Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga hari ini disiasat polis selama setengah jam berhubung penganjuran program 'Seksualiti Merdeka 2011'.
Empat pegawai polis dari IPD Brickfields tiba di pejabat Tenaganita, di Petaling Jaya di mana Ambiga berada pada jam 4.05 petang sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau sedia bertemu dengan penganjur program itu untuk mendengar penjelasan mereka.
“Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya.
Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada.
Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini.
Isnin, 7 November 2011
Seksualiti Merdeka: Polis rakam kenyataan Ambiga
MALAYSIA KINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan