Diketuai oleh Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar, mereka menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menggesa jabatan itu mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat program itu daripada berterusan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam mengisytiharkan pengharaman terhadap semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan antara 9 hingga 13 November ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan