MALAYSIA KINI
Pihak polis mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November (semalam) kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.
"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lalu, polis melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti 13 orang yang ditahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan