MALAYSIA KINI
"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.
"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.
Bumburing, semasa soalannya, meminta kementerian pelajaran supaya menjelaskan pendirian berhubung desakan PERKASA yang didakwa menuntut supaya guru Kristian dilarang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan.
PERKASA pada 19 Ogos berdemonstrasi di Masjid Negara bagi menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin Melayu pelbagai parti yang didakwa "kebulur" undi Kristian hingga "menggadaikan maruah Islam".
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gerej
Mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan serta dihalau dan dijauhkan dari murid Melayu.
Bagaimanapun, ditanya tentang gesaan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan