Isnin, 14 November 2011

Penyelesaian Taib-M'kini gagal, perbicaraan diterus


Nigel Aw

Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita Malaysiakini akan diteruskan di mahkamah selepas kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang penyelesaian.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan 9 hingga 2 Januari tahun depan bagi pengurusan kes itu didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONEBeliau juga menetapkan 13 Disember ini sebagai pengurusan kes lanjut.

Malaysiakini diwakili oleh peguam Fahri Azzat manakala Taib diwakili oleh peguam Yee Mei Ken.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Fahri berkata pihak plaintif mahu pihak defendan memulakan perbicaraan terlebih dahulu.

"Biasanya plaintif akan membuktikan kes mereka terlebih dahulu ... jadi signifikan ini adalah Taib (plaintif) tidak perlu datang ke mahkamah dahulu, jadi beliau tidak perlu berada di mahkamah lagi."

Fahri, bagaimanapun berkata beliau akan berunding dengan anak guamnya sebelum membuat keputusan sama ada Malaysiakini akan membantah permohonan itu.

Prosiding hari ini adalah untuk menentukan hala tuju kes berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu memberikan kedua-dua pihak sehingga Sept 9 untuk mencari penyelesaian.

Saman, yang difailkan pada 2007, adalah berhubung laporan mengenai pihak berkuasa Jepun menangkap anggota kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

azlanAnggota kartel tersebut didakwa membayar Regent Star - sebuah syarikat kertas Hong Kong yang dilaporkan ada kaitan dengan Taib dan keluarganya - sogokan sebanyak RM32 juta.

Isu tersebut juga turut dilaporkan oleh pelbagai pertubuhan berita di Jepun dan di tempat lain. Malaysiakini membuat susulan dalam laporan khas mengenai perkara itu, 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Pada tiga Januari lalu, Taib merayu supaya pihaknya dibenarnya mengeluarkan tiga daripada empat perenggan dalam pembelaan Malaysiakini yang dibantahnya.

Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun menolak permohonan Taib untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pihak pembelaan tidak perlu mengeluarkan tiga daripada empat perenggan yang diminta.

Panel tiga hakim Alauddin Mohd Sheriff, Zulkifli Ahmad Makimuddin dan Mohd Ghazali Mohd Yusoff sebulat suara memerintahkan bayaran kos RM10,000 kepada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Tiada ulasan: